Dua projek yang bernilai ratus juta yuan baru ditandatangani

2019-07-08    hits:

Baru-baru ini, Zon Pembangunan Eko-teknologi Pelabuhan Qinzhou mengadakan majlis menandatangani perjanjian projek secara berkumpulan, berjaya menandatangani perjanjian projek bahan sumber tenaga baru sulfat mangan tahap bateri yang pengeluaran tahunan mencapai 150 000 tan dan projek asid lemak berpengeluaran 20 000 tan setahun, menambah kecergasan baru kepada perkembangan berkualiti tinggi ekonomi zon pembangunan.

近日,钦州港经济技术开发区举行项目集中签约仪式,成功签约年产15万吨电池级硫酸锰新能源材料项目和年产2万吨脂肪酸项目,为开发区经济高质量发展再添新活力。

Difahamkan bahawa, jumlah pelaburan projek bahan sumber tenaga baru sulfat mangan tahap bateri berpengeluaran 150 000 tan setahun bagi Syarikat Sains dan Teknologi Bahan Baru Yu Ding Guangxi Sdn. Bhd. kira-kira 500 juta yuan, selepas siap dibina dan bermula dalam pengeluaran, nilai pengeluaran tahunan dijangka akan mencapai kira-kira 800 juta yuan, pembayaran cukai tahunan kira-kira 120 juta yuan, kira-kira 219 peluang pekerjaan baru yang ditambah. Jumlah pelaburan projek asid lemak berpengeluaran 20 000 tan setahun bagi Syarikat Minyak Xiang Yi Guangxi Sdn. Bhd. kira-kira 143 juta yuan, selepas siap dibina dan bermula dalam pengeluaran, nilai output tahunan purata dijangka mencatat kira-kira 150 juta yuan, pembayaran cukai tahunan purata kira-kira 20 juta yuan, kira-kira 75 peluang pekerjaan baru yang akan ditambah.

据了解,广西禹鼎新材料科技有限公司年产15万电池级硫酸锰新能源材料项目总投资额约5亿元,项目建成投产后,预计可实现年产值约8亿元,年上缴税收约1.2亿元,新增就业岗位约219个。广西湘益油脂有限公司年产2万吨脂肪酸项目总投资额约为1.43亿元,项目建成投产后,预计可实现年均产值约1.5亿元,年均上缴税收约2000万元,新增就业岗位约75个。